Ramalan cuaca baik secara keseluruhan di Sarawak untuk Hari Raya Aidiladha

The Sarawak Legislative Assembly (DUN) complex as seen from across the Sarawak River, Kuching. ā€” DayakDaily.com file pic

KUCHING, 30 Julai: Cuaca di Sarawak diramalkan mengalami hujan di satu dua tempat di kawasan pendalaman ketika penduduk negeri ini meraikan Hari Raya Aidiladha dan melakukan ibadah korban pada sebelah pagi esok.

Mengikut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia di laman sesawangnya www.met.gov.my, negeri ini juga akan mengalami ribut petir di satu dua tempat di kawasan pendalaman pada sebelah petang dan hujan di satu dua tempat pada sebelah malam.

Bagaimanapun ramalan cuaca mengikut daerah di negeri ini bagi daerah Bau, Lundu, Kuching, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Sri Aman, Lubok Antu, Pusa, Betong, Saratok, Kabong, Pakan, Sarikei, Julau, Meradong, Sibu, Kanowit, Selangau, Tanjong Manis, Daro, Matu, Dalat, Mukah, Tatau, Bintulu dan Sebauh adalah baik dan tiada hujan sebelah pagi, petang dan malam esok.


Di daerah Song, Kapit, Bukit Mabong dan Belaga pula cuaca diramalkan baik dengan tiada hujan sebelah pagi dan petang, tetapi akan berlaku hujan di satu dua tempat pada sebelah malam.

Manakala daerah Subis, Beluru, Telang Usan, Miri, Marudi dan Limbang mengalami hujan di satu dua tempat pada sebelah pagi, ribut petir di satu dua tempat pada sebelah petang dan hujan di satu dua tempat pada sebelah malam esok.

Daerah Lawas akan mengalami hujan di satu dua tempat pada sebelah pagi dan ribut petir di satu dua tempat pada sebelah petang tetapi tiada hujan sebelah malam esok. ā€” DayakDaily