Raja Zarith Sofiah berangkat rasmi Mesyuarat Agung Tahunan ke 59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Raja Zarith Sofiah menandatangi buku Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM).
Advertisement

KUCHING, 29 Jun: Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-59 Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di Kuching.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda adalah sebahagian daripada pengisian lawatan Raja Permaisuri Agong ke Sarawak.

Dalam titah perasmian, Seri Paduka Baginda, yang juga merupakan Penaung Diraja PPPM, menzahirkan rasa bangga dengan perkembangan ahli-ahli PPPM yang seiring dengan keperluan semasa.

Advertisement

“Kehendak dunia semakin berubah dan dalam era globalisasi dan revolusi industri 4.0 ini, perubahan yang mendorong inovasi serta kreativiti berlaku pada kadar yang amat pantas, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“Mesyuarat Agung Tahunan merupakan ruang berkecuali bagi setiap organisasi untuk berbincang dan membuat keputusan yang akan membawa faedah kesemua ahlinya.

“Gunakanlah ruang ini untuk menggerakkan persatuan ini dengan lebih baik lagi,” titah Raja Zarith Sofiah.

Turut hadir ke majlis itu di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK),isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan isteri Premier Sarawak Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang. — DayakDaily

Advertisement