Raih wang tunai RM1,200, pasukan Bawang Villa juara futsal Igan

Pemenang bergambar beramai-ramai selepas pertandingan futsal.

MATU: Pasukan Bawang Villa membawa balik hadiah wang tunai RM 1,200 setelah merangkul kejuaraan dalam kejohanan futsal terbuka lelaki anjuran Pusat Khidmat P.207 Igan di Padang Futsal Kampung Tian, Matu.

Pasukan Naga Asmara meraih wang tunai RM 1,000 ditempat kedua setelah kalah dalam perlawanan akhir.

Tempat ketiga dan keempat milik pasukan Santisa FC dan Yellow Card dengan hadiah wang tunai RM800 dan RM600.


Bagi kategori wanita, johan ialah
pasukan Subzero, yang menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Naib johan dimenangi pasukan Underestimate dengan menerima wang tunai RM800.

Tempat ketiga dan keempat milik pasukan Daro FC dan Mix FC dengan hadiah wang tunai RM600 dan RM400.

Hadiah kepada pemenang pertandingan disampaikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen P.207 Igan, Basmi Mat mewakili Ahli Parlimen P. 207 Igan, Datuk Wahab Dollah.

Lebih 100 pasukan dari daerah Matu dan Daro menyertai pertandingan itu yang diadakan bertujuan mencungkil bakat dalam sukan futsal di kawasan itu.