Sebuah stor di Bau terbakar akibat percikan api

Anggota bomba menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian.

BAU: Akibat percikan api mesin pemotong besi menyebabkan sebuah stor di Taman Dayu Jalan Sebuku, di sini musnah terbakar pagi tadi.

Jurucakap Bomba berkata anggota pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.36 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 9.43 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah stor jenis terbuka yang tidak mempunyai dinding, berkeluasan 40 x 30 kaki.


“Menurut maklumat awal daripada saksi utama di lokasi mengatakan percikan api bermula ketika aktiviti memotong besi berhampiran dengan tangki minyak pemotong rumput sebelum letupan kecil dan kebakaran berlaku di dalam stor berkenaan.

Keadaan di dalam stor tersebut yang terbakar.

“Kebakaran telah memusnahkan keseluruhan barangan yang menempatkan perkakas seperti mesin rumput, mesin pemotong besi , kipas angin, serta jaring menangkap ikan dan bahagian siling terbakar 10 peratus,” katanya.

Tambahnya, Pihak Bomba membuat pemantauan di lokasi bagi mencegah sebarang kemerebakan dan tiada lagi punca api.

Kebakaran tiada melibatkan sebarang kecederaan.