Qaybee juara Kejohanan Tenis Piala Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah 2024

Abdul Karim (lima dari kiri) bersama Pasukan Qaybee selaku juara Kejohanan Tenis Piala Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah 2024.
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 17 Nov: Pasukan Qaybee dari Kuala Lumpur muncul juara Kejohanan Tenis Piala Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah 2024.

Pada aksi final yang berlansung di Kompleks Tenis SLTA di sini, Qaybee menewaskan Singapore ALC dengan kiraan 4-1.

Advertisement

Kemenangan pertama diperolehi menerusi kategori 30s setelah gandingan Mohamad Ashaari-Faisal Aidil (Qaybee) menewaskan Josh-Reuben 6-2, 6-1.

Gandingan Andery Siyawanto-Fendy Fauzi bagi kategori 40s pula menghadiahkan mata kedua dengan mengalahkan Dedy-Mark 6-1, 6-2.

Qaybee seterusnya memperoleh mata ketiga menerusi Julius Johanes-Sujarwanto Sutiargo yang mengalahkan Priyadi Harto-Rudi 6-3, 6-1.

Rentak kemenangan Qaybee diteruskan melalui kategori wanita 35s setelah Lusiana Arianti-Vivi Sofiana mengalahkan Julie-Irawati 6-4, 6-2.

Singapore ALC akhirnya mendapat satu mata menerusi Malik-Gareth yang mengalahkan Mohd Faez-Mohd Fazree 6-3, 5-7, 10-8.

Dengan kejuaraan tersebut, Qaybee menerima hadiah wang tunai RM10, 000 dan piala.

Singapore ALC di tempat kedua pula menerima RM5,000.

Dalam pada itu, Cici Tennis Club (CTC) dari Pontianak mengalahkan KL Grinders bagi perebutan tempat ketiga.

Kejohanan yang bermula 14 November lalu disertai lebih 200 pemain yang mewakili 13 pasukan dari Singapura, Indonesia selain Malaysia.

Hadiah disampaikan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. — DayakDaily

Advertisement