PVTKR agih bakul makanan kepada 40 ahlinya

Nyapong (dua dari kiri) mengagihkan bantuan bakul makanan kepada salah seorang penerima.

KUCHING, 24 Ogos: Seramai 40 Ketua Isi Rumah (KIR) di Taman Samarindah hari ini telah menerima bantuan bakul makanan daripada Persatuan Veteran Tentera Kor Renjer (PVTKR).

Presidennya Lt Kol (B) Mohd Melintang Abdullah berkata, persatuan telah meluluskan peruntukan pemberian bantuan tersebut kepada ahli-ahli di semua kawasan yang terjejas teruk kesan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat(PKPD).

“Bantuan adalah bagi meringankan bebanan ahli PVTKR yang terkesan dengan langkah kerajaan mengenakan PKPD di Taman Samarindah mulai 17 sehingga 30 Ogos 2021,” katanya dalam satu kenyataan.


Simbolik pengagihan bantuan makanan itu telah disampaikan oleh EXCO Kebajikan PVTKR Nyapong yang mewakili Mohd Melintang. — DayakDaily