Pustaka anjur kursus Literasi Digital di dalam talian

Kursus Literasi Digital(Modul PANDei) di dalam talian.

KUCHING, Apr 14: Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) telah mengambil inisiatif untuk menawarkan Kursus ePembelajaran untuk Literasi Digital (Modul PANDei) di dalam talian.

Kursus dibuka kepada semua lapisan masyarakat secara dan disediakan secara percua di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dijalankan.

“Untuk menjadi masyarakat digital bukan sahaja mahir mengakses teknologi semata-mata, tetapi mereka dapat menggunakan teknologi dengan yakin dan berkesan untuk berhubung dengan seluruh masyarakat di dunia,” menurut kenyataan media Pustaka hari ini.


Kursus memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai Literasi Digital menerusi kaedah mengajar dan berkongsi maklumat.

Ia diharap boleh menjadikan peserta agar lebih mahir, yakin dan bermotivasi untuk menggunakan teknologi kerana ianya merupakan kunci kepada perjalanan kita ke arah ekonomi digital.

Senarai modul PANDeI yang akan diajar kepada masyarakat adalah pengurusan maklumat dan komunikasi, menggunakan inisiatif digital Kerajaan Sarawak, berurusan secara digital, keselamatan dalam talian dan etika dan Pustaka In a Box.

Kepada yang berminat boleh mendaftar masuk dipautan https://www.openlearning.com…/cour…/kemahiran-asas-digital/ dan menekan butang “join now”.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Edison Ricket di talian 013-8044220 atau melalui e-mel di alamat librarian@sarawak.gov.my. —DayakDaily.