KPDNHEP sumbang bekalan air minuman kepada pelajar IPT

Sebahagian daripada pelajar-pelajar IPT yang menerima sumbangan bekalan minuman.

KUCHING, April 14: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak hari ini menyumbang bekalan air minuman kepada pelajar-pelajar yang berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Sumbangan dijayakan dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia setelah menerima bekalan air minuman daripada Etika Beverages Sdn Bhd.

KPDNHEP menerusi satu kenyataan mendedahkan ia adalah usaha untuk membantu pelajar yang tidak dapat balik ke kampung halaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Antara IPT yang menerima sumbangan adalah Politeknik Kuching, Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang, Kuching dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan.

Sebahagian daripada pelajar-pelajar IPT yang menerima sumbangan bekalan minuman.

Menurut KPDNHEP, sumbangan ini bertujuan menjayakan program food bank siswa iaitu kesinambungan daripada Program Food Bank Malaysia yang telah dilancarkan pada 22 Disember 2018.

Program itu bertujuan memberi bantuan kepada pelajar dari keluarga golongan B40 supaya mereka dapat memberi tumpuan yang lebih baik terhadap pembelajaran. — DayakDaily