KUCHING, 19 Jun: Pusat Saringan Sehenti Covid-19 secara pandu lalu Bahagian Samarahan telah dibuka di Terminal Bas Kota Samarahan.
Ia beroperasi pada Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 3 petang.
Manakala pada Hari Sabtu, pusat tersebut beroperasi dari jam 9 pagi hingga 3 petang.
Pusat disediakan khusus untuk penduduk di Bahagian Samarahan yang mempunyai gejala awal penyakit Covid-19.
Kontak sosial kepada kes positif Covid-19 boleh juga datang untuk membuat ujian saringan.
Orang ramai di minta untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti menjaga penjarakan sosial, sentiasa memakai pelitup muka dan cecair pencuci tangan.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 082-672101 atau 019-687 0621. — DayakDaily