Pusat pemindahan sementara tempatkan 25 mangsa ditutup

Kelihatan pusat pemindahan sementara banjir ditutup. (gambar fail)

KANOWIT, Feb 9: Sebuah pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Dewan KDC di sini ditutup sepenuhnya hari ini.

Pusat pemindahan yang menempatkan 25 mangsa daripada 14 keluarga itu ditutup pada pukul 10 pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata semua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas keadaan banjir pulih sepenuhnya.


Kelihatan pusat pemindahan sementara banjir ditutup.

Katanya, sebelum ini kesemua mangsa terjejas akibat kediaman mereka dinaiki air banjir sedalam kira-kira 1.5 meter.

“JPBNS mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua agensi yang telah bertungkus lumus dalam mengendalikan bencana banjir kali ini,” kata JPBNS di sini hari ini. — DayakDaily