Duncan masih gagal dikesan oleh pasukan SAR

Pasukan SAR sedang mencari mangsa.

SARATOK, Feb 9: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua bagi mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Selasa lepas belum menemui petunjuk positif.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata mangsa, Duncan Leslie, 26, setakat ini masih gagal dikesan oleh pasukan SAR.

“Operasi ditangguhkan pada pukul 5.15 petang akibat faktor cuaca.


“Kerja-kerja mencari dan menyelamat akan disambung semula esok,” katanya di sini hari ini.

Pasukan SAR sedang mencari mangsa.

DayakDaily sebelum ini melaporkan seorang pemuda dilaporkan hilang selepas dikatakan tidak balik ke rumah panjang di Nanga Budu, Krian sejak Selasa lepas.

Pihak bomba menerima laporan dari Balai Polis Saratok untuk membantu mengesan mangsa pada pukul 5.31 petang, kelmarin.

Berdasarkan maklumat diterima, ibu saudara mangsa yang risau tentang keselamatan anak buahnya tidak pulang ke rumah telah membuat laporan polis pada pukul 11.35 pagi kelmarin. — DayakDaily