Pusat pemindahan sementara banjir di Kampung Lutong, Sebangan ditutup

Anggota APM membantu mengemas pusat pemindahan sementara.

Oleh Dean Adam

SIMUNJAN, Feb 24: Sebuah pusat pemindahan sementara di Dewan Kampung Lutong, Sebangan ditutup selepas keadaan banjir pulih sepenuhnya, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, pusat pemindahan sementara itu ditutup kira-kira pukul 3.00 petang.


Jelas JPBNS, kesemua 67 mangsa daripada 18 buah keluarga telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“JPBNS mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua agensi yang telah bertungkus lumus dalam mengendalikan bencana banjir kali ini,” kata JPBNS hari ini.

DayakDaily semalam melaporkan hujan lebat yang berterusan telah mengakibatkan Kampung Lubuk Meranti, Sebangan dilanda banjir.

Kesemua mangsa dipindahkan disebabkan kediaman mereka terjejas dinaiki air banjir. — DayakDaily