Pukul isteri, seorang lelaki ditahan polis

Suspek (tengah) ditahan polis bagin membantu siasatan berhubung kejadian.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 22 Jan: Seorang lelaki ditahan polis pada malam Jumaat selepas disyaki menumbuk dan memukul isterinya di sebuah rumah di Taman Mellineum, Piasau, selepas mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan sulit.

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku sekitar jam 2 petang Jumaat, suspek berusia 56 tahun itu bukan sahaja bertindak menumbuk ,malah membaling sebuah kerusi ke arah mangsa.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari, tangkapan dilakukan sebaik sahaja pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 45 tahun itu.

Suspek ditahan di kediamannya sekitar jam 7.50 malam pada hari yang sama bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumahtangga. — DayakDaily