PRU15: GPS rampas semula Selangau

Edwin Banta

KUCHING, 20 Nov: Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) kembali menguasai kerusi Parlimen Selangau.

Dalam pertandingan 3 penjuru di kerusi tersebut, calon baharu GPS Edwin Banta memperolehi 16,078 undi.

Edwin yang mewakili Parti Rakyat Sarawak (PRS) mengalahkan calon Harapan Umpang Sabang dan calon Bebas Henry Joseph Usau.


Umpang memperolehi 11,092 undi manakala Henry 1626 undi.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Selangau dimenangi oleh Baru Bian yang bertanding atas tiket PKR dengan majoriti 486 undi selepas menewaskan Rita Insol dari Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun Setiausaha Agung Parti Sarawak Bersatu (PSB) itu tidak mempertahankan kerusi tersebut sebaliknya bertanding di kerusi Lawas pada PRU15.

Terdapat seramai 45, 743 pengundi berdaftar untuk Parlimen Selangau pada PRU15 ini. — DayakDaily