PRU14: SEB sudah bersiap sedia menghadapi sebarang ganguan bekalan elektrik

Lu Yew Hung

KUCHING, April 27: Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy) sudah bersiap sedia menghadapi sebarang ganguan bekalan elektrik di negeri ini pada hari penamaan calon esok dan pada hari mengundi Mei 9 depan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sarawak Energy Lu Yew Hung berkata pihaknya sudah menyediakan rangka kerja persiapan dan pasukan bersedia tambahan yang dikhususkan bagi menjalankan kerja pemulihan bekalan elektrik pada dua hari terbabit.

Malahan satu pasukan penghubungan telah juga ditubuhkan bagi mengkordinasi dengan lebih baik dan bertindak cepat terhadap sebarang isu yang timbul sepanjang tempoh berkempen.


“Seperti pada setiap pilihanraya, kami telah meningkatkan kekuatan pasukan teknikal kami bagi meminimumkan sebarang ganguan bekalan (elektrik) dan untuk memastikan pemulihan (bekalan) yang cepat, terutama ketika hari mengundi,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Lu berkata pihaknya juga akan meletakkan kakitangan bersedia di setiap tempat strategik dalam sistem pembekalan dan di kemudahan yang kritikal bagi memastikan pemulihan yang segera dapat dilakukan sekiranya berlaku terputus bekalan elektrik.

Sehubungan itu, beliau juga meminta pekerja pilihanraya ini supaya tidak mengantung atau mempamerkan bahan pilihanraya pada atau berdekatan kemudahan elektrikal yang hidup bekalannya sepanjang tempoh berkempen kerana ini juga boleh merbahayakan nyawa mereka.

Katanya sebarang laporan dan pertanyaan bolehlah disalurkan ke Talian Penjagaan Pelanggan 24 jam Sarawak Energy di 1300-88-3111 dan kemaskini mengenai bekalan terputus dan ganguan bekalan boleh diperolehi dari app mobile Sarawak Energy “SEB Cares” yang boleh dimuat turun dari Apple App Store bagi iOS dan Google Play bagi Android. — DayakDaily