Proses penamaan calon di Sarawak berjalan lancar

Mohd Azman (tengah) bersama Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah turut meluangkan masa melawat salah satu pusat penamaan calon di Kuching.

KUCHING, 5 Nov: Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di seluruh Sarawak berjalan dengan lancar.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata tiada berlaku insiden atau isu provokasi yang mencetuskan kekecauan dan menganggu ketenteraman awam.

“Proses penamaan calon bagi PRU-15 bagi negeri Sarawak melibatkan 31 kawasan parlimen berjalan lancar.


“Tiada terkesan sebarang isu provokasi yang boleh mencetuskan kekacauan dan menganggu ketenteraman awam semasa proses penamaan calon,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

“Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih terutamanya kepada parti-parti politik, penyokong-penyokong, calon-calon bertanding atas kerjasama yang diberikan.

“Saya berharap semoga keadaan yang harmoni dalam proses PRU-15 ini akan berterusan sehingga hari mengundi dan penjumlahan undi,” katanya. — DayakDaily