This Content Is Only For Subscribers
Oleh Chris Bishop
KUCHING, 17 Julai: Seramai 100 guru sekolah rendah di Kuching, Samarahan, dan Serian terlibat dalam projek Mathematics Pedagogical Learning, Understanding and Support (Maths PLUS).
Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi, dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn, projek merupakan kerjasama kementerian bersama Yayasan Antarabangsa Singapura (SIF) bagi tempoh empat tahun.
Katanya, Maths PLUS akan memberi manfaat kepada lebih 80,000 pelajar di Sarawak menjelang 2027.
“Dalam tempoh empat tahun akan datang, pasukan Sukarelawan Antarabangsa Singapura yang terdiri daripada penyedia latihan guru berpengalaman akan bekerjasama rapat dengan 100 guru sekolah rendah di Kuching, Samarahan, dan Serian.
“Ia adalah untuk meningkatkan keupayaan pedagogi mereka,” katanya dalam ucapan perasmian Maths PLUS di Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Batu Lintang hari ini.
Sementara itu, tambah Sagah, 20 guru akan dipilih untuk menjadi Pelatih Utama yang akan berkongsi pengetahuan mereka dan melatih rakan sejawat dalam komuniti mereka.
Katanya, ia bagi memaksimumkan kebolehskalaan dan kelestarian impak projek.
“Melalui siri bengkel dan simposium, para pendidik yang terlibat akan meningkatkan teknik pengajaran mereka untuk menjadikan pengajaran Matematik lebih menarik dan menyeronokkan.
“Ini bagi meningkatkan pemahaman serta prestasi pelajar dalam subjek tersebut,” ujar Sagah. — DayakDaily