Program Sentuhan Kasih Rohani bantu baik pulih rumah

Rohani (duduk tengah) merakamkan gambar bersama peserta Program Sentuhan Kasih di Lingga.
Advertisement

LINGGA, April 21: Rumah-rumah yang uzur dan rosak telah diberikan peruntukan khas untuk dibaiki di bawah Program Sentuhan Kasih Rohani.

Program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) itu adalah bertujuan untuk membaik-pulih dan menceriakan semula rumah-rumah golongan sasar di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat yang telah dikenalpasti.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, berkata, program itu merupakan salah satu inisiatif kementerian untuk membantu golongan sasar.

Advertisement

Jelas beliau, sejumlah dana telah diperuntukkan untuk setiap rumah yang telah dikenal pasti bagi membantu daripda segi keperluan.

“Program yang berkonsepkan cari dan bantu ini menumpukan kepada golongan sasar di luar bandar dan diadakan di seluruh Malaysia selaras dalam mencapai ‘key performance index’ (KPI) yang telah disasarkan,” tambahnya di sini hari ini.

Rohani (duduk tengah) bersama warga emas di Lingga.

Rohani menambah, selain daripada membaik-pulih rumah yang telah dikenalpasti, aktiviti yang turut diadakan adalah membersihkan kawasan dalam dan luar rumah serta mengecat dan menghias rumah.

Dalam pada itu, Rohani sempat melawat salah sebuah rumah yang telah dikenal pasti iaitu Mut Lamat, 71, yang tinggal bersama isteri di sebuah rumah PPRT yang uzur di sini.

Mut Lamat merupakan salah seorang klien di bawah Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) dan menerima bantuan orang tua sejak tahun 2009.

Dia tinggal bersama pasangannya di rumah yang uzur serta tidak mampu untuk membaiki keadaan rumah yang rosak. — DayakDaily

Advertisement