KUCHING, 20 Mac: Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang malam tadi hadir ke Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah SABERKAS Idol dan Tarian Rampai anjuran Unit Saberkas Cawangan Batu Kitang.
Dalam ucapannya, Lo yakin program tersebut dapat melahirkan belia yang berdaya maju sekaligus merapatkan jalinan silaturahim diantara penduduk sekitar.
“Selain itu ianya secara langsung dapat membina kemahiran kepimpinan terutamanya kepada golongan belia,” katanya.
Tambah Lo, program juga dapat menyemai minat dan cinta untuk masyarakat, khususnya di kalangan anak muda, supaya mengenali dan menghargai seni dan budaya tanah air.
Katanya, semangat perpaduan, persefahaman dan saling menghormati antara kaum juga dapat diwujudkan serta menjadi amalan masyarakat, terutama di Sarawak.
“Pertandingan SABERKAS Idol dan Tarian Rampai mampu menjadi wadah perkembangan seni tanah air kerana para peserta diberikan pendedahan keilmuan seni,” ujar Lo. — DayakDaily