PRN: GPS terus kuasai DUN Saribas

Mohd Razi Sitam

KUCHING, 18 Dis: Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N35 Saribas dengan majoriti besar 3,236 undi.

Calon GPS Mohammad Razi Sitam meraih 5,138 undi sekaligus menewaskan pencabar terdekatnya Patrick Kamis dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memperoleh 1,902 undi.

Calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) Melainie Bolhassan memperoleh 668 undi, hilang deposit.


Manakala calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Sim Min Leong memperoleh 74 undi dan calon Parti Sedar Rakyat Sarawak (SEDAR) memperoleh 60 undi.

Kedua-dua calon PBK dan SEDAR juga telah hilang deposit. ― DayakDaily