President SLTA menyambut harijadinya yang ke-67

Liew (tiga dari kanan) meyambut harijadinya bersama ahli keluarga dan rakan-rakannya di sebuah restoran di Kuching.

KUCHING, Mei 23: Pengasas dan pengerusi iCube Innovation yang merupakan pusat inovasi swasta terbesar di Sarawak Datuk Patrick Liew yang juga presiden Persatuan Tenis Lawn Sarawak (SLTA), menyambut harijadinya yang ke-67 di restoran iZakaya, iCom Square, Pending, di sini, hari ini.

Liew yang juga merupakan pengasas OurYouth.my dan dikenali ramai wakil rakyat, warga media dan menteri di negeri ini menyambut harijadinya dengan jamuan sederhana bersama rakan dan ahli keluarganya di restoran makanan Jepun terbabit.

Dalam ucapannya, beliau mendoakan semua rakan dan ahli keluarganya di majlis harijadinya itu akan mendapat kesihatan yang baik dan mereka yang berniaga pula mendapat keuntungan besar tahun ini.


“Saya juga mendoakan sesiapa sahaja yang masih bujang tahun ini supaya menjumpai pasangan hidup masing-masing,” katanya yang berazam untuk terus kekal aktif dan menyumbang kepada negeri ini walaupun sudah berusia 67 tahun. — DayakDaily