Premier Sarawak optimis peruntukan kepada UNIFOR ditambah

Abang Johari berucap di Majlis Aspresiasi UNIFOR 2024. Sumber foto: Jabatan Penerangan
Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 4 Dis: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis bahawa peruntukan kepada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) akan ditambah pada tahun hadapan.

Katanya, jika pendapatan Sarawak meningkat pada tahun ini, kerajaan tidak keberatan untuk menambah peruntukan tersebut.

Advertisement

“Jika ada pendapatan (meningkat), tidak salah, kita boleh tambah dari tahun ke tahun,” katanya.

Abang Johari berkata demikian di Majlis Aspresiasi UNIFOR 2024 di Kuching malam ini.

Tambah beliau, perkara tersebut akan dibincangkan dengan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Jika ada peningkatan pendapatan negeri pada tahun ini kita (kerajaan) akan menambah peruntukan.

“Saya tidak tahu jumlahnya, tetapi saya yakin ia adalah sangat positif,” ujar Abang Johari.

Sejak penubuhan UNIFOR pada 2017, kerajaan Sarawak telah memberikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM385 juta kepada pelbagai tempat ibadat seperti kuil dan gereja. –DayakDaily

Advertisement