Premier Sarawak dijadual serah geran tanah Kg Semaba dan Tematu pada 6 Okt

Mesyuarat jawatankuasa penyelarasan program yang dihadiri Sherrina dan Lo. Foto: Ukas

KUCHING, 28 Sept: Seramai 399 penduduk dari Kampung Semaba dan Tematu di sini bakal menerima geran tanah hak adat Bumiputera (NCR).

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas), majlis penyerahan yang dijadualkan pada 6 Oktober ini bakal disempurnakan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ia melibatkan penyerahan sebanyak 433 lota tanah NCR.


Dalam program sama, Abang Johari dijangka merasmikan Dewan Komuniti Kampung Haji Baki.

Mesyuarat jawatankuasa penyelarasan program telah dipengerusikan oleh Residen Bahagian Kuching Datu Sherrina Hussaini dan Adun Batu Kitang Lo Khere Chiang di Pejabat Residen Bahagian Kuching, pada Selasa (27 Sept). — DayakDaily