This Content Is Only For Subscribers
KUCHING, 16 Sept: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini catat sejarah dengan memberi pandangan dan kuliah kepada jemaah menteri persekutuan.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia adalah berkaitan industri hiliran yang berdasarkan kekuatan tenaga diperbaharui dan teknologi hijau.
“Pada hari ini jam 2 petang tadi semasa mesyuarat jemaah Menteri, saya meminta Abang Johari memberi pandangan dan kuliah kepada jemaah Menteri persekutuan.
“Belum pernah ada mesyuarat jemaah Menteri dimana pemimpin negeri diminta untuk memberikan pandangan tentang kemajuan dan bidang baharu yang dilaksanakan dengan jayanya oleh Sarawak,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian dalam ucapan di Sambutan Hari Malaysia 2023 yang diadakan di Stadium Perpaduan di Kuching malam ini.
Dalam ucapan yang sama, Anwar berkata bahawa Sarawak adalah negeri paling ke depan di dalam Malaysia dalam beberapa bidang baharu.
Justeru beliau yakin Sarawak berpotensi menjadi rantau atau kawasan pembangunan industri hijau serta hidrogen dan beberapa aspek hiliran yang paling hebat di rantau Asean ini. ā DayakDaily