KUCHING, 14 Jun: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Restoran Dinner World di Bintulu mampu memberi 13,000 vaksin dalam tempoh seminggu.
Menurut Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bintulu, Dr Muhammad Afi Fadzly, PPV itu yang dibuka dari Sabtu hingga Khamis sahaja mensasarkan 1,000 ke 1,600 penerima dalam sehari.
“Jumlah ini akan dinaikan sehingga 2,000 penerima sehari,” katanya sebagai memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas).
Dalam pada itu, Dr Muhammad berkata lebih 1,000 penerima vaksin Covid-19 mendapat suntikan di PPV Restoran Dinner World, Bintulu pada Sabtu (12 Jun).
Katanya, PPV ini telah diaktifkan pada Jumaat (11 Jun) tetapi untuk ādry runā sahaja yang melibatkan 230 penerima vaksin.
āHari ini PPV ini beroperasi sepenuhnya dan dianggarkan seramai 1,050 penerima yang akan menerima vaksin dan kita bercadang akan membuka PPV ini setiap hari.
“Kalau seminggu atau enam hari kita beroperasi, mungkin boleh mencapai 12,000 hingga 13,000 kita memberikan vaksin kepada masyarakat,” ujar beliau. ā DayakDaily