Polis terima laporan kes sekumpulan remaja kasari remaja lain di Samarahan

Royal Malaysia Police logo

KUCHING, 19 Nov: Polis Samarahan menerima laporan berhubung kes sekumpulan remaja mengasari remaja lain di hadapan sebuah sekolah di Kota Samarahan.

Ketua Polis Kota Samarahan DSP Brodie Brangka berkata, kejadian dikesan menerusi satu hantaran di Facebook Borneo berdurasi 15 minit pada 28 November jam 10 malam.

“Kejadian memaparkan seorang remaja telah dikasari oleh sekumpulan remaja lain.


“Pihak polis mengesahkan menerima laporan daripada mangsa pada 29 November 2023 jam 1 tengahari dan telah menangkap dua suspek utama berumur 16 dan 17 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Brodie, kertas siasatan telah dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan. — DayakDaily