Polis tangkap lelaki disyaki jual nombor loteri haram di gerai pasar tani Bau

Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut.

BAU, 19 Jan: Seorang lelaki ditangkap polis selepas dipercayai menjual loteri awam secara haram di Gerai Tani Pekan Bau semalam.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata lelaki berusia 28 tahun dari Spaoh itu ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau yang menjalankan Op Dadu, pada kira-kira jam 4 petang semalam.

Jelasnya, hasil serbuan pasukan operasi merampas seunit telefon bimbit, sekeping kertas tercatat angka-angka dipercayai nombor loteri haram dan wang tunai berjumlah RM40.


Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh didenda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 serta dipenjara tidak melebihi lima tahun. — DayakDaily