Polis tahan penagih dadah, rampas selaras senapang

Selaras senapang angin yang dirampas.

MIRI, Mac 24: Polis berjaya menahan seorang lelaki dipercayai penagih dadah bersama selaras senapang angin menerusi satu serbuan di Kampung Nelayan, Kuala Sungai Bakam di sini baru-baru ini.

Suspek berusia 37 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis dari Unit Rondaan Marin (URM) Daerah Miri pada kira-kira jam 2.30 petang.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak, Acp. Salehuddin Mat Zaman berkata, pihaknya turut merampas 10 butir peluru yang diperbuat daripada guli di kediaman berkenaan.


Katanya, siasatan awal mendapati suspek pernah ditangkap kerana terlibat dalam kegiatan dadah.

“Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960. ā€” DayakDaily