Polis tahan anak disyaki pukul bapa kerana enggan beri duit untuk beli dadah

Royal Malaysia Police logo

Oleh Brad Rantayy

MIRI, Mac 10: Polis menahan seorang pemuda disyaki dibawah pengaruh alkohol dan sanggup menumbuk bapanya selepas mangsa enggan memberikannya sejumlah wang untuk membeli dadah dalam satu kejadian pada petang semalam di sebuah rumah panjang di Suai Niah.

Suspek berusia 21 tahun itu juga turut merosakkan pagar kayu hadapan dan dinding rumah mangsa.


Dalam kejadian sekitar jam 4 petang itu, mangsa berusia 51 tahun bersama isterinya sempat melarikan diri sebelum dikejar oleh suspek.

Suspek turut dilaporkan telah mengugut ibunya.

Kedua-dua mangsa telah tampil ke Balai Polis Batu Niah untuk membuat laporan mengenai kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, bertindak daripada laporan tersebut, sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) Balai Polis Batu Niah telah menahan suspek pada hari yang sama untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 kerana khianat. — DayakDaily