Polis siasat video dua individu acu senjata

Dua individu yang mengacukan senjata dalam video tersebut.

KUCHING,4 Julai: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching sedang menjalankan siasatan ke atas video dua lelaki mengacukan senjata yang tular di media sosial didakwa berlaku di Tabuan Dayak, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana dipercayai individu di dalam video tersebut melakukan ugutan jenayah.

“Sekiranya disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata di tempat awam juga boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Justeru, beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung dua individu di dalam video atau apa-apa maklumat berkaitan kes tersebut untuk menghubungi Pengawai Penyiasat Inspektor Yew Yuan Sheng talian 0169099972 atau pusat kawalan IPD Kuching 082-244444. — DayakDaily