Brad Rantayy
LAWAS, 29 Jun : Polis membuka kertas siasatan terhadap kejadian seorang pemuda di Kampung Awat-Awat Sundar, yang mengintip kakak iparnya mandi.
Perkara ini disahkan Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Sila Kadong pada Selasa ketika dihubungi.
“Kertas siasatan telahpun dipohon dan akan diserahkan kepada timbalan pendakwaraya untuk tindakan lanjut,” ujar Sila.
Kejadian dilaporkan berlaku pada 26 Jun sekitar jam 12.30 tengahari di sebuah rumah di Kampung Awat-Awat Sundar.
Difahamkan, kejadian tersebut bukan kali pertama berlaku.
Semasa kejadian, mangsa dilaporkan sedang berada di dalam bilik mandi, namun dikejutkan dengan bunyi barang terjatuh dari luar bilik tersebut menyebabkan mangsa segera membuka pintu dan terlihat kelibat suspek melarikan diri dari tempat kejadian.
Hal ini juga sering terjadi kepada penduduk di sekitar kawasan kampung.
Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu perkataan atau isyarat yang mengaibkan kehormatan orang. — DayakDaily