Polis serbu 8 premis kiriman wang haram

Royal Malaysia Police logo
Advertisement

KUCHING, 30 Nov: Lapan premis pengendali perniagaan perkhidmatan wang secara haram diserbu polis pada Selasa (28 Nov) lepas.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara DIG Dato Sri Ayob Khan Myden Pitchay, serbuan dilakukan di Sibu (2 premis), Selangau (2), Batu Niah (2) dan masing-masing satu di Mukah dan Bekenu.

“Dalam operasi yang dijalankan, wang tunai berjumlah RM1,039,581 dan matawang rupiah berjumlah IDR1,116,000 telah dirampas dari premis-premis yang terlibat.

Advertisement

“Seramai 17 individu telah dikenalpasti untuk dipanggil bagi sesi rakaman keterangan,” katanya pada satu sidang media di Kuching semalam.

Tambah Ayob, siasatan menunjukkan aktiviti kiriman wang secara haram oleh pengendali-pengendali yang diserbu melibatkan destinasi ke Indonesia, Bangladesh, Myanmar dan Filipina.

Katanya, ciri-ciri pengendali perniagaan perkhidmatan kewangan secara haram berkenaan mendapati mereka mengamalkan percampuran dengan aktiviti perdagangan yang sah.

“Misalnya perniagaan telekomunikasi dan perniagaan runcit, serta beroperasi di kawasan yang mempunyai jumlah pekerja asing yang tinggi,” katanya. — DayakDaily

Advertisement