This Content Is Only For Subscribers
SARATOK, 7 Sept: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok kini sedang mengesan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 94 Jalan Sarikei-Betong hari ini.
Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mordani Tanin berkata kemalangan tersebut berlaku sekitar jam 10.40
pagi dan telah menyebabkan seorang penunggang motosikal meninggal dunia.
“Kita sedang mengesan individu dan sebuah kenderaan tidak dikenalpasti yang terlibat dalam
kemalangan tersebut.
“PDRM memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian kemalangan tersebut untuk tampil
membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Royston Ubak di talian 016-3130153 atau mana-mana balai polis berhampiran. — DayakDaily