Polis Miri tahan penganggur disyaki curi dua tong gas

Suspek (dua dari kanan) ditahan polis tengahari tadi di Kampung Sinar Jaya Batu 6 Lambir.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 30 MAC: Padah memecah masuk ke sebuah rumah dan melarikan dua tong gas memasak bernilai RM350 dari sebuah rumah di Kampung Sinar Jaya Batu 6 Lambir pada Ahad (29 Mac), seorang penganggur ditahan polis tengahari tadi.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan di kampung yang sama sekitar jam 1.30 petang tadi oleh sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ).


Turut ditemui semasa tangkapan, dua tong gas memasak dipercayai hasil curian suspek dalam kejadian yang dilaporakan pada pagi Isnin (29 Mac).

Difahamkan semasa kejadian, pemilik rumah, seorang lelaki berusia 50 tahun berada di Bintulu atas urusan kerja.

Beliau diberitahu mengenai kejadian oleh sepupunya.

Satu laporan polis telah dibuat pada Ahad susulan kejadian tersebut.

Bertindakan dari laporan itu, sepasukan anggota JSJ Miri telah menyerbu sebua rumah di kampung yang sama dan menahan suspek lelaki untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari mengesahkan tangkapan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. — DayakDaily