Polis Miri cekup 3 lelaki dalam kes serang

Salah seorang suspek ditahan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Miri (JSJ) dalam Ops Cantas.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 21 Okt: Padah menyerang dan menumbuk seorang pelajar lelaki pengajian instituti tinggi swasta, tiga lelaki warga tempatan ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Ketiga-tiga suspek ditahan sekitar jam 3.50 petang Selasa di lokasi berasingan susulan satu laporan polis dibuat oleh mangsa berhubung kejadian yang berlaku awal pagi Ahad (18 Oktober).

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah, kejadian berlaku di sebuah musik cafe di Marina Square sekitar jam 1.30 pagi, ketika mangsa bersama tiga rakannya berada di premis tersebut.

Kejadian serangan dikatakan berlaku semasa mangsa berada di dalam tandas premis berkenaan, di mana suspek bertindak menarik mangsa keluar sebelum menumbuk dan menendang menggunakan kaki.

Susulan kejadian, mangsa mengalami lebam di muka dan angota badannya.

Kes disiatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.—DayakDaily