Polis menahan 3 lelaki dalam kes rompak kedai yang tular di media sosial

Salah seorang suspek (tengah) ditahan pihak polis dalam Ops Rentap.

By Brad Rantayy

MIRI, Mac 1: Kurang 24 jam selepas melarikan wang tunai berjumlah RM300 dari sebuah kedai di Pujut Corner pada malam Ahad, tiga lelaki warga tempatan akhirnya dicekup polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, dua daripada tiga suspek memasuki sebuah rumah kedai sekitar jam 7.50 malam sebelum merompak dan melarikan wang tunai terbabit.


Gelagat kedua-dua suspek melakukan rompakam tersebut berjaya dirakam CCTV premis, manakala seorang lagi, berada di luar.

Dalam kejadian, hanya pemilik kedai, lelaki wargas emas berusia 70 tahun berada di dalam premis terbabit.

Video rakaman CCTV kejadian turut tular di facebook dan WhatApps.

Susulan kejadian, pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian telah berjaya mengesan ketiga-tiga suspek di Pujut Tanjung Batu dalam satu operasi dinamakan Ops Rentap.

Tangkapan dilakukan sekitar jam 6 petang Isnin.

Turut dirampas sebuah motorsikal dipercayai digunakan dalam kejadian

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan. — DayakDaily