Polis Kuching cekup Lelaki miliki dadah 102.1 gram dadah

Suspek lelaki yang ditahan (kiri) dan dadah jenis syabu yang dirampas oleh polis di Jalan Wan Alwi dekat Sekama, Kuching.

KUCHING, 21 April: Seorang lelaki ditahan polis selepas didapati membawa dadah ketika diperiksa di Jalan Wan Alwi di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah kuching, Superitenden Merbin Lisa berkata, suspek, 39, yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 dalam keadaan mencurigakan ditahan pasukan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kira-kira jam 5.15 petang.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan keatas suspek telah menjumpai dua peket plastic lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal putih disyaki dadah berbahaya jenis syabu.


“Angaran berat dadah yang ditemui di badan suspek adalah kira-kira 102.1 gram yang dianggarkan bernilai RM10,000,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Merbin berkata, menerusi siasatan awal, suspek memperoleh bekalan dadah tersebut dengan kaedah ‘bank-in’ dari seorang pengedar yang dipercayai berada di Kuching.

Katanya, usaha untuk mengesan pegedar terbabit sedang giat dilakukan dan suspek berkenaan dipercayai mula terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah tersebut sejak pertengahan tahun 2020.

Tambah beliau,semakan yang dilakukan terhadap suspek turut mendapati dia mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah selain hasil ujian saringan awal air kencing positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (21 April) hingga 28 April nanti bagi membantu siasatan kes berkenaan dan kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. ā€” DayakDaily