Polis buru Wong Chong Ming bagi bantu siasatan kes bunuh tukang jahit

Suspek yang dikehendaki polis.
Suspek yang dikehendaki polis.

Oleh Dean Adam

BAU, Julai 29: Polis kini sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu kes bunuh seorang tukang jahit yang mayatnya ditemui mati dalam beg bagasi di Kampung Pangkalan Bau pada Julai 19 lepas.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon mendedahkan lelaki yang sedang dikesan itu ialah Wong Chong Ming, berusia 43 tahun.

Katanya, alamat terakhir suspek ini ialah di 937, Jalan Nangka 1, Pujut 1A, Miri.

“Jadi, kita memohon orang awam yang mempunyai maklumat mengenai suspek ini agar membuat laporan di balai polis berhampiran.

“Kes ini disiasat disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya hari ini.

DayakDaily sebelum ini melaporkan polis berjaya menemui seunit telefon bimbit dipercayai milik seorang tukang jahit di sebuah longkang di Lorong Chawan 12, Kuching.

Setakat ini, dua suspek masih direman untuk membantu siasatan kes. — DayakDaily