Polis buru saki baki suspek kes gaduh di Lebuh Wayang

Gambar tangkap layar dari video kejadian tersebut.
Advertisement

KUCHING, 12 Sept: Enam lelaki sudah ditangkap dan polis kini giat memburu saki baki suspek yang terlibat kes pergaduhan di Lebuh Wayang baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching Supt Merbin Lisa berkata pihaknya telah menerima laporan berhubung kes pergaduhan tersebut sekitar jam 7.49 malam pada Sabtu (10 Sept).

Susulan itu, enam suspek berusia lingkungan 25 hingga 57 tahun ditangkap bagi membantu siasatan.

Advertisement

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca dari salah faham semasa berhibur di salah satu premis berhampiran.

“Justeru sekarang ini, kita masih mengesan saki baki suspek yang masih bebas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Merbin menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk terus menghubungi Pusat Kawalan IPD Kuching di talian 082-244444 atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang awam juga diingatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau memyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kejadian kata ia akan menganggu siasatan yang dijalankan,” katanya. ā€” DayakDaily

Advertisement