Polis berkas pemuda disyaki curi Milo untuk dijual semula

Suspek berusia 30 tahun ditahan pagi tadi (14 Okt 2021). Turut ditemui sebuah kotak mengandungi bungkusan minuman Milo yang disyaki dicuri.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 14 Okt: Polis pagi tadi menahan seorang lelaki dipercayai mencuri enam karton minuman Milo dari sebuah pasaraya, sebelum menjualnya semula.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah premis di Jalan Miri By Pass sekitar jam 10 pagi tadi hasil maklumat risikan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri.

Advertisement

Menurut Hakemal, kejadian kecurian dilaporkan berlaku pada 29 September di Jalan Cattleya.

Anggaran kerugian sekitar RM1,144.80.

Kejadian disedari salah seorang pekerja pasaraya terbabit apabila melakukan pemeriksaan terhadap rakaman CCTV.

Difahamkan kelibat suspek dilihat memasuki premis tersebut bersama seorang lagi rakannya membawa keluar enam karton minuman Milo. — DayakDaily

Advertisement