Polis Bau tangkap lelaki miliki 0.64 gram dadah

Arrest - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, 20 April: Polis Bau pada semalam telah menangkap seorang lelaki di Kampung Pengkalan, Bau berhubung kesalahan memiliki dadah seberat 0.64 gram bernilai RM60.

Menurut Ketua Polis Bau DSP Poge Nyaon, lelaki berusia 32 tahun yang merupakan mekanik sambilan di sebuah bengkel kenderaan ditahan dan diperiksa oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik pada jam 2.35 petang.

“Semasa pemeriksaan sedang dijalankan ke atas tubuh badan, saspek yang dalam keadaan cemas kelihatan menggenggam erat satu beg kecil warna merah yang cuba disembunyikan ke arah bahagian badan belakang.


“Apabila diperiksa, terdapat satu peket plastic lut sinar berisi ketulan-ketulan kristal putih disyaki dadah berbahaya jenis syabu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Poge, dadah berkenaan seterusnya dirampas dan kes disiasat dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hasil ujian juga mendapati saspek positif dadah jenis methamphetamine. — DayakDaily