Polis Bau tahan penganggur miliki dadah

Suspek dan dadah dipercayai jenis Syabu yang dijumpai bersama suspek.

BAU, 5 Mei: Seorang penganggur ditahan polis Bau selepas disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Merembeh di sini pagi tadi (5 Mei).

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Supritenden Poge Nyaon berkata, suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Bau diketuai Inspektor Mohd Said Ambotang di sebuah rumah tidak bernombor di kampung berkenaan sekitar 10 pagi.

Katanya, Suspek yang enggan memberikan kerjasama ketika ditahan cuba untuk melariakn diri namum berjaya diberkas.


“Hasil pemeriksaan lanjut tubuh badan suspek telah menjumpai satu kotak rokok warna hitam dan diperiksa dihadapan suspek yang mana terdapat satu peket plastik kecil lutsinar yang berisi bahan kristal jernih disyaki dadah jenis syabu, anggaran berat kasar 0.74 gram dijumpai di dalam poket seluar yang di pakai suspek terbabit.

“Kesemua dadah yang kita percaya jenis Syabu yang di temui bersama suspek dianggarkan bernilai sebanyak RM80,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Poge berkata, Ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap suspek juga mendapati ia positif dadah jenis Methamphetamine.

Katanya, semakkan yang dilakukan keatas suspek berusia 24 tahun itu juga mendapati dia mempunyai satu rekod jenayah lampau.

“Perintah tahanan reman terhadap suspek akan dipohon dalam masa terdekat dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. — DayakDaily