Poco-Poco Maraton Samarahan dimasukan di dalam The Malaysia Book Of Records

Rubiah (enam kanan) menerima sijil The Malaysian Book Of Records. Turut kelihatan Abdul Karim (lima kiri).

KOTA SAMARAHAN, 3 Feb: Dengan jumlah penyertaan seramai 3,688 orang, Poco-Poco Maraton Samarahan kini dimasukan di dalam The Malaysia Book Of Records.

Berlangsung di Halaman Samarahan pagi tadi, acara tersebut menghimpunkan peserta-peserta dari sekitar Kota Samarahan dan Kuching.

Disertai Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, acara yang diadakan di Halaman Samarahan itu berlangsung selama sejam.


“Ini merupakan acara tarian poco-poco terbesar di Malaysia di mana kita dapat menghimpunkan seramai 3,688 peserta.

“Dengan ini ia adalah satu rekod baharu sebagai jumlah peserta paling ramai bagi tarian poco-poco dan dimasukan di dalam The Malaysia Book of Records,” kata Abdul Karim ketika ditemui selesai acara.

Acara mendapat sumbangan penaja berjumlah RM30, 000 daripada 38 Yayasan Amal Cinta dan Kuching Love Book.

Poco-Poco Marathon sempena Mini Karnival Usahawan Desa 2024 yang dianjurkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKDW).

Hadir sama Timbalan Menteri KKDW Datuk Rubiah Wang. — DayakDaily