PN tidak berkempen menentang GPS di Pilihan Raya Kecil Jepak

Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Advertisement

KUCHING, 18 Okt: Perikatan Nasional (PN) Sarawak tidak akan bergabung, membantu atau terlibat dengan mana-mana kempen yang dilakukan oleh mana-mana parti atau calon yang menentang Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak PRK kali ini.

Ketua PN Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian, berkata, ia sebagai mengambil makluman ketetapan yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi PN melalui Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainuddin untuk tidak meletakkan calon di kerusi tersebut.

“Ini berikutan Perikatan Nasional Sarawak masih menfokuskan agenda politik khidmat serta memperkukuhkan kedudukan politik di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Justeru Jaziri berharap semua ahli parti penyokong dan pendokong parti meneruskan khidmat bakti di Sarawak.

Sementara itu hari ini, Bekas Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak, Iskandar Turkee diumumkan sebagai calon GPS.

Pencalonan Iskandar, 54, diumumkan oleh Premier Sarawak yang juga Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Bintulu. — DayakDaily

Advertisement