PM: Sehingga April 2022 kadar pengangguran negara turun 3.9 peratus

Ismail Sabri participating in a video conference to review the BKC Phase 1 payment process online.

KUCHING, 26 Jun: Sehingga April 2022, kadar pengangguran negara telah menurun kepada 3.9 peratus berbanding 4.6 peratus bagi tempoh sama pada tahun 2021.

Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini merupakan kali pertama kadar pengangguran menurun di bawah empat peratus.

“ia direkod sejak pandemik Covid-19 dengan bilangan penganggur kekal pada trend menurun bagi sembilan bulan berturut-turut,” katanya.

Beliau berkata demikian di Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional Tahun 2022 di Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Ismail Sabri, Kerajaan pada tahun ini menyasarkan peluang pekerjaan sehingga 600,000 dengan peruntukan sebanyak RM4.8 bilion melalui inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia.

Di dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) katanya, kerajaan telah membentangkan pelan jangka sederhana bagi sektor pekerjaan negara.

Ia dilaksanakan menerusi Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 yang akan diperkenalkan bagi menangani isu ketidakpadanan dalam pasaran buruh. — DayakDaily