PM arahkan Kementerian Kewangan segerakan bayaran BKS

Jadual 1: Kelayakan penerima BKC

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 1 Sept: Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC).

Katanya, pada hari ini dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan.

“Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021.


“BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jadual 2: Fasa pembayaran BKC

Menurut Ismail Sabri, BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Pada 28 Jun 2021, kerajaan telah mengumumkan Pakej Pemulih sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik Covid-19.

Pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan. — DayakDaily