PM Anwar bangga diberi penghormatan memakai baju Panglima Iban

Anwar bersama Abang Johari memakai baju panglima Iban di Kapit. Foto: JaPen
Advertisement

KUCHING, 29 Sep: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bangga diberi penghormatan memakai baju Panglima Iban.

Secara berseloroh Anwar berkata mahu tunjukan kepahlawanan beliau kepada Isteri Datin Seri Wan Azizah.

Di Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Kapit di Dewan Suarah Kapit hari ini, Anwar memakai baju tersebut sehingga habis program.

Advertisement

“Saya nak pakai sampai habis program sebagai tanda hormat.

“Saya jarang sekali pakai dan mahu tunjuk kepada Azizah (isteri) bagaimana abang memakainya.

“Minta televisyen malam nanti tayang betul-betul supaya Azizah kagum, bahawa abang sudah jadi Panglima Iban,” kata Anwar.

Hadir sama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. ā€” DayakDaily

Advertisement