KUCHING, 30 SEPTEMBER: Calon berpotensi Parti Keadilan Rakyat(PKR) di DUN Layar, Lenon Atat Anak William Buya yakin bahawa rakyat sekarang sedar bahawa mereka perlukan perubahan.
Katanya, kepimpinan baharu akan memastikan tiada kawasan terutama luar bandar terpinggir dari semua aspek pembangunan.
Justeru, beliau menekankan 3 tunjang utama pembangunan sesebuah kawasan iaitu perkara ekonomi, pendidikan dan infrastruktur.
“Ekonomi merangkumi peluang pekerjaan, sumber pendapatan dan teknologi untuk pertanian.
“Manakala pendidikan adalah berhubung isu kesedaran penduduk perihal pentingnya pendidikan untuk pembangunan disamping dapat mengubah taraf kehidupan ke tahap yang lebih baik.
“Infrastruktur pula meliputi kemudahan komunikasi seperti internet dan telekomunikasi yang merupakan satu keperluan,” katanya pada Program Randau Ruai PKR Di Rh Melaban, Betong pada Sabtu lepas.
Program telah dihadiri lebih kurang 150 penduduk sekitar Betong.
Lenon yakin dengan kehadiran penduduk setempat, program dilihat mampu mencapai tujuan dilaksanakan.-DayakDaily