This Content Is Only For Subscribers
Please subscribe to unlock this content. Enter your email address and full name to get access. It's FREE!
KUCHING, 16 Sept: Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Senator Abun Sui Anyit mahukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) membawa manfaat kepada rakyat Sarawak.
Katanya, paling penting ialah perkara berkaitan pembangunan di kawasan pedalaman.
“Infrastruktur masih merupakan keperluan utama yang wajar disediakan dengan lebih berkesan.
“Ini adalah supaya rakyat di pedalaman Sarawak turut mengecapi kemajuan seiring dengan kawasan lain di Malaysia,” kata Abun dalam kenyataan hari ini. — DayakDaily
Advertisement