PKR gesa penyokong terus beri kerjasama kepada 28 calon parti

Senarai calon PKR untuk PRN12.

KUCHING, 6 Dis: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak berharap semua ahli parti dan penyokong terus memberi kerjasama penuh kepada 28 orang calon parti pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) kali ini.

ā€œIni penting bagi PKR untuk meraih kemenangan dan menolak Gabungan Parti Sarawak (GPS) di kawasan masing-masing,ā€ kata Ketua Penerangannya Abun Sui Anyit dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Abun, PKR memahami kekecewaan penyokong di beberapa kawasan yang tidak ditandingi pada kali ini.


Namun katanya, keputusan telah diambil oleh parti di atas dasar strategik bagi mengelak pertembungan 3-penjuru.

Selain itu, ujarnya, ia juga disebabkan masalah logistik dan prosedur operasi ‘standard’ (SOP) yang ketat disebabkan pandemik Covid-19 yang menyekat kempen di lapangan.

ā€œKami sedia maklum bahawa kempen melalui talian sangat sukar di kebanyakan kerusi luar bandar oleh kerana liputan jaringan Internet yang tidak memuaskan,ā€ kata Abun.

Pada PRN12 yang berlangsung 18 Disember ini, PKR meletakkan timbalan pengerusinya Abang Zulkifli Abang Engkeh di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro, Meneng Bires di DUN Opar, Ahmad Nazib Johari (Tupong), Datuk Dr Nor Irwan (Satok), Cherishe Ng (Batu Lintang), Mahmud Ipah (Asajaya), dan Micheal Saweng (Serembu).

Turut bertanding Christo Micheal di DUN Tarat, Senior William Bade (Tebedu), Cikgu Piee (Sadong Jaya), Hapeni Fadil (Simunjan), Abang Kassim Abang Bujang (Lingga), Patrick Kamis (Saribas), Mikail Mathew Abdullah (Bukit Saban), Satu Anchom (Ngemah), Joseph@Usit (Machan), dan Mohd Arwin Lim Abdullah (Tellian).

Turut tersenarai Abdul Jalil Bujang (Balingian), Joshua Jabeng (Kakus), Munan Laja (Katibas), Anie Amat (Murum), Norhafizah Joharie (Bekenu), Zulhaidah Suboh (Lambir), Elias Lipi (Marudi), Philip Jau Ding (Telang Usan), Roland Engan (Mulu), Racha Balang (Batu Danau) dan Martin Samuel Labo (Baā€™Kelalan)

Kejatuhan kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu menyaksikan tiga wakil rakyat PKR Sarawak iaitu Baru Bian, Ali Biju dan See Chee How meninggalkan parti itu.

Baru dan See menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) manakala Ali menyertai Bersatu yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia.

Akibat keluarnya mereka dari PKR Sarawak, parti itu kehilangan semua wakil rakyatnya dalam DUN. ā€” DayakDaily